Wednesday, 24 May 2017

Riwayat orang Midian (Madyan) . . .

Pada waktu Yusuf Alayhis Salam dibuang ke dalam perigi kering oleh saudara-saudaranya yang iri hati kepadanya, mereka berikhtiar membunuhnya, tetapi membatalkan niatnya setelah melihat rombongan saudagar-saudagar yang pergi ke tanah Mesir.

Ketika ada saudagar- Madyan (bani JAWI) melalui ke kawasan perigi itu, Yusuf AlayhisSalam diangkat ke atas dari dalam perigi itu, kemudian dijual kepada (Arab) orang Ismail itu dengan harga 20 syikal perak. Lalu Yusuf AlayhisSalam dibawa mereka ke Mesir. Kemudian, Yusuf dijual oleh orang Madyan itu ke Mesir, kepada seorang pegawai istana Firaun, kepala pengawal raja.

Ketika Firaun mendengar Musa AlayhisSalam membunuh seorang Mesir, dicarinya ikhtiar untuk membunuh Musa AlayhisSalam. Tetapi Musa melarikan diri dari hadapan Firaun dan tiba di tanah Madyan.

Adapun imam di Madyan yang bernama Rehuel atau Yitro (ShuaibAlayhisSalam), mempunyai 7 anak perempuan. Musa AlayhisSalam menolong anak-anak perempuan imam itu mengusir gembala-gembala yang mengganggu mereka dan mengambilkan air memberi minum kambing domba mereka.

Rehuel (Shuaib AlayhisSalam) mengundang Musa AlayhisSalam untuk tinggal bersama mereka. Musa AlayhisSalam bersedia tinggal di rumah itu, lalu Rehuel (Shuaib AlayhisSalam) memberikan Zipora, anaknya, kepada Musa AlayhisSalam menjadi istrinya.

Bangsa Israel menjelang masuk ke tanah Kanaan berkemah di tepi timur sungai Jordan di batas tanah Moab. Lalu berkatalah orang Moab kepada para tua-tua Madyan: "Tentu saja tentera separa tentera besar itu akan memakan habis segala sesuatu yang di sekeliling kita, seperti lembu memakan habis tumbuh-tumbuhan hijau di padang."

Adapun pada waktu itu Balak bin Zipor menjadi raja Moab. Lalu Balak mengutus para tua-tua Moab dan para tua-tua Madyan dengan membawa di tangannya upah penenung untuk memanggil Bileam bin Beor datang mengutuki orang Israel. Namun, TUHAN (Tuhan yang Satu) tidak mengizinkan Bileam menyampaikan kutukan, malah Bileam harus menyampaikan berkat, sampai 3 kali, untuk kesejahteraan Israel.

Kisah Bileam masih berlanjut, karena meskipun ia tidak mengutuki orang Israel, ia menasehati orang-orang Madyan untuk memikat orang Israel menyembah berhala mereka dengan memakai perempuan-perempuan cantik.

Peristiwa penyembahan berhala itu menyebabkan orang Israel tertimpa tulah hebat dari TUHAN (Tuhan yang Satu) dan dikenal dengan peristiwa Baal-Peor. Tulah itu baru berakhir setelah para pemimpin Israel menyuruh bangsanya untuk menghentikan hubungan dengan perempuan-perempuan Madyan.

Puncaknya adalah ketika seorang Israel, Zimri bin Salu, pemimpin salah satu puak orang Simeon, terang-terangan berhubungan dengan seorang perempuan Moab, Kozbi binti Zur (Zur itu adalah seorang kepala kaum--yaitu puak di Madyan di hadapan Musa dan pemimpin Israel, imam Pinehas membunuh mereka berdua dan tulah itu berhenti.

Firman Allah Ta’ala:

“Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu”. (Surah AlHaj QS22: 44).

Akibatnya kemudian Tuhan (Tuhan yang Satu) memerintah MusaAlayhisSalam dan orang Israel untuk melakukan pembalasan terhadap orang Midian (Madyan). Maka berperanglah mereka melawan Midian (Madyan), seperti yang diperintahkan TUHAN (Tuhan yang Satu) kepada Musa AlayhisSalam, lalu membunuh semua laki-laki mereka. Selain dari orang-orang yang mati terbunuh itu, merekapun membunuh juga 5 raja Midian (Madyan), yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur dan Reba, kelima-lima raja Midian (Madyan), juga Bileam bin Beor dibunuh mereka dengan pedang.

Gideon diangkat TUHAN (Tuhan yang Satu) menjadi seorang hakim untuk melepaskan orang Israel dari penindasan orang Midian (Madyan). Dengan 300 orang, Gideon mengalahkan orang Midian (Madyan) dengan telak. Demikianlah orang Midian (Madyan) tunduk kepada orang Israel dan tidak dapat menegakkan kepalanya lagi; maka amanlah negeri itu 40 tahun lamanya pada zaman Gideon.

Seorang raja yang memerintah di tanah Edom (sebelum ada seorang raja memerintah atas orang Israel), bernama Hadad bin Bedad pernah memukul kalah orang Madyan di daerah Moab.

Putera dan Raja Madyan (Midian) . . . Seperti tercatat dalam Bilangan 31:1 Dan seterusnya, bagaimanapun, tidak lama sebelum kematiannya Musa AlayhisSalam Diperintah untuk “melakukan pembalasan orang Israel kepada orang Madyan (Midian)”. Semua kaum lelaki Madyan (Midian) dan kebanyakan kaum perempuannya dibunuh, termasuk 5 raja mereka, Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba.

Kaum Madyan (Midian) amat kaya dengan ternakan sebagaimana rampasan daripada mereka menunjukkan: 675, 000 ribu ekor kambing domba,  dan 72, 000 ribu ekor lembu, dan 61,000 ribu ekor keledai (ayat 32-34).

Mereka (Madyan) juga memiliki banyak emas, sebab bahagian daripada rampasan itu yang dipersembahkan orang Israel kepada Tuhan ialah sebanyak 16, 750 syikal beratnya dalam bentuk barang-barang emas, gelang kaki, gelang tangan, cincin meterai, anting-anting dan kerongsang (ayat 52).

Yosua 13:21 juga menyebut raja bawahan/putera raja (nasiy: SHD 5387) Madyan (Midian), iaitu Ewi, Rekem, Zur, Hur dan Reba, yang dipanggil raja (melek: SHD 4428) dalam Bilangan 31.

Yosua 13:21 Selanjutnya segala kota di dataran tinggi itu dan seluruh kerajaan Sihon, raja orang Amori, yang memerintah di Hesybon, yang dikalahkan oleh Musa; bersama-sama dia juga dikalahkannya raja-raja Madyan (Midian), yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur dan Reba, raja-raja bawahan Sihon, penduduk negeri itu. (RSV)

Josephus mendakwa bahawa raja kedua daripada raja-raja ini, Rekem, memberi namanya kepada “kota paling menonjol di kalangan orang Arab, yang dipanggil hingga hari ini di bawah setiap Raja, Arecema (El-Rekem), dan oleh orang Yunani (Greece), Petra” (Ant. Jews, iv. 7,1). Petra ialah ‘kota utama dan ibu kota seluruh Arab’ dan dipanggil dalam bahasa Ibrani Ha-Sela, tebing tinggi (2 Raja-raja 14:7).

Teks Alkitab ini ialah penduduk negeri itu dan dengan itu kita berdepan dengan orang Madyan (Midian) yang menjadi penduduk di negeri di situ. Bangsa Madyan (Midian) tersebar sepanjang pantai sejauh 200 batu dan tentera yang dikalahkan di situ bukanlah seluruh tentera Arab dan keluarga-keluarga Madyan (Midian) tetapi mereka yang berkumpul di situ dan keluarga-keluarga dari Petra yang hidup di situ.

Zur dari Madyan (Midian)  merupakan bapa puteri Kozbi, perempuan yang berteman secara bersifat menghasut dengan seorang pemimpin Israel. Kedua-duanya dibunuh oleh Pinehas dalam kemarahan kebenaran, dan dengan berbuat demikian dia menyurutkan murka Tuhan. Tuhan kemudiannya memberkati Pinehas kerana tindakan tegasnya itu demi Israel (Jumlah/Bilangan 25:11-15). Ayat 15 mengatakan bahwa Zur ialah “kepala kaum yaitu puak di Midian (Madyan)”.

2 lagi raja Midian (Madyan), Oreb (maknanya gagak) dan Zeeb (serigala), disebut dalam Hakim 7:25. Mereka dibunuh oleh orang Efraim setelah dikejar oleh Gideon dan pahlawan Israel yang lain.

Hakim 7:25 Mereka berhasil menawan 2 raja Midian (Madyan), yakni Oreb dan Zeeb. Oreb dibunuh di gunung batu Oreb dan Zeeb dibunuh dalam tempat pemerasan anggur Zeeb. Mereka mengejar orang Midian (Madyan) itu, lalu mereka membawa kepala Oreb dan kepala Zeeb kepada Gideon di seberang sungai Jordan. (RSV)

Terdapat juga 2 raja Midian (Madyan) yang disebut dalam Hakim 8:5, iaitu Zebah dan Salmuna (ertinya korban dan tiada perlindungan, masing-masing), yang cuba menyerang Palestin namun dikalahkan oleh Gideon.

Demikian itu Midian (Madyan) menduduki wilayah dari tanah Edom sepanjang pantai Arab di selatan dan timur dari Aqaba sejauh 200 batu. Subsuku lain dikaitkan kepada mereka.



Orang Sparta “Sparta sons Of Keturah”

Kita tahu daripada wibawa Josephus bahwa orang Sparta merupakan keturunan Ketura. Justeru jumlah besar Hg I YDNA di Greece berasal daripada Keturunan Ketura dengan J yang datang kemudiannya daripada penaklukan-penaklukan di Asia Kecil (Minor) dan daripada orang Arab pada abad-abad kemudian.

Terdapat populasi Semit Hg J yang signifikan di sekitar Mediterranean namun I lebih besar insidensnya di seluruh Eropah. Greece juga mempunyai populasi E3b peratusan terbesar di luar Afrika.

Bagaimanapun, kita sekarang tahu bahwa kumpulan gabungan IJ yang berdasarkan S2 dan S22 berpecah kepada 2 kumpulan dan mungkin telah berpecah di Greece juga daripada satu kumpulan asas IJ yang pergi ke situ.

Dakwaan ‘bapa sejarah’, Kedua-dua Herodotus, ‘bapa sejarah’, dan Josephus mendakwa bahwa mereka juga berketurunan Ketura. Mereka lazim disebut sebagai orang Lacedaemonia, dari Lacedaemon (atau Laconia), secara tepatnya kota-negara Sparta ibukotanya.

Permulaan kota dan negara penting ini diberi dalam artikel Wikipedia tentang Sparta.

Sekitar pertengahan abad ke 6 BC, Peloponnese selatan merupakan wilayah Sparta. Wilayah ini terbahagi kepada 2 bahagian, Laconia dan Messenia, yang dipisahkan oleh banjaran gunung Taygetos.

Lain daripada kota-kota Yunani yang lain, Sparta menguasai banyak tanah pertanian. Petunjuk arkeologi terawal yang membuktikan petempatan di Sparta bertarikh kira-kira 950 BC. . . .

Sumber klasik (juga) memberitahu kita bahawa Sparta diasaskan pada abad ke 10 BC. Ia terdiri daripada 4 kampung Pitane, Mesoa, Limnai dan Konooura, yang kemudiannya disatukan di bawah satu pemerintahan.

Kita ingat kembali bahwa Daud AlayhisSalam menakluki Jerusalem dan menjajahinya dari Hebron kira-kira 1005 BCE dan memerintah di situ selama 33 tahun. Dia telah menjajahi tanah-tanah Kedar dan Mesekh di Kapadokia dan penguasaan negeri-negeri itu diserahkan kepada anaknya Sulaiman (Salomo) AlayhisSalam sekitar 978 BCE.

Salomo (Sulaiman AlayhisSalam) memerintah dengan negeri-negeri itu di bawah jajahan selama 40 tahun lagi hingga 938. Satu bahagian keturunan Kedar dan Nabai’oth (Nebayot) di Arab utara dekat Efrat mungkin berpindah ke wilayah orang Yunani (Hellene) dengan perluasan Daud (AlayhisSalam) dan menubuhkan Sparta di bawah pemerintahan Salomo (Sulaiman AlayhisSalam) sebelum 950 BCE. Mereka mendiami tanah pertanian lebih baik di kawasan Greece (Yunani).

Josephus memberi kepercayaannya kepada dakwaan keturunan orang Sparta daripada Abraham (Ibrahim AlayhisSalam) apabila dia menulis yang berikut dalam karyanya Antiquities of the Jews:

10. Pada waktu ini Seleucus, yang dipanggil Soter, memerintah Asia, dan dia anak Antiochus yang Agung. Dan (sekarang) bapa Hyrcanus, Joseph, meninggal . . . Bapa saudaranya juga, Onias, meninggal, dan mewariskan keimamatan besar kepada anaknya Simeon.

Dana setelah dia meninggal, Onias anaknya menggantikannya dalam kehormatan itu. Kepada dialah Areus, raja orang Lacedemonia, mengutus duta, dengan satu surat; yang salinannya seperti berikut:

“AREUS, RAJA LACEDEMONIA, KEPADA ONIAS, MENYAMPAIKAN SALAM.

“Kami telah menemui suatu penulisan, dalam mana kami menemui bahwa orang Yahudi dan bani Israel dan orang Lacedemonia mempunyai asal yang sama, dan berasal daripada keluarga Abraham (14). Justeru adil bagi kamu, yang merupakan saudara kami, mengutus kepada kami tentang apa saja keprihatinan kamu.

Kami juga akan membuat hal sama, dan menganggap keprihatinan kamu sebagai keprihatinan kami juga, dan akan memandang keprihatinan kami sebagaimana keprihatinan kamu. Demoteles, yang membawa surat ini kepada kamu, akan membawa balik jawapanmu kepada kami.

Surat ini segi-4 sama 4; dan meterainya burung helang, dengan seekor naga dalam genggaman cakarnya.” (Buku 12, bab 4)

Rujukan lain tentang orang Sparta atau Lacedaemonia sama keturunan dengan orang bani Israel dan Yahudi ditemui dalam Antiquities Buku 13:5,8 dan dalam tulisan apocrypha 1 Maccabees 12:6.


Orang Hun telah kadangkala mendakwa mereka keturunan Ketura walaupun struktur YDNA mereka ialah N terutamanya, dan begitu juga orang Finn. Berlandaskan pengetahuan sains terkini, N ialah terbitan F melalui K dan berhubungan dengan keturunan Yafet yang diketahui dan melalui Togarma daripada distribusinya. Ini memerlukan demonstrasi bahawa K merupakan gabungan Sam dan Yafet sebelumpun ini boleh dianggap masuk akal.

Panggilan kpd Keturunan Keturah

Suku-suku yang disebut di atas hanyalah beberapa suku terpilih daripada apa yang ada hari ni yang merupakan keturunan Abraham (Ibrahim AlayhisSalam) dan isterinya Keturah, yang majoritinya terus tidak ditemui kebanyakannya kecuali hari ini melalui DNA.

Semuanya mempunyai peranan mereka untuk dimainkan mula-mula dengan menyahut panggilan untuk kembali kepada Tuhan dan Hukum-hukumNya, kemudian dengan membantu pekerjaan akhir zaman dalam mengumumkan Injil kepada semua bangsa bermula dengan suku mereka masing-masing dalam Kerabat Abraham (IbrahimAlayhisSalam).

Seperti yang tercatat dalam Matius 2:1-11, “orang bijaksana” atau majus dari Timur (tempat tidak nyata ke mana keturunan Keturah telah diutus berabad-abad lebih awal) tiba selepas kelahiran Isa (AlayhisSalam) untuk mempersembahkan kepadanya emas, kemenyan dan mur.

2 rempah terpenting ini didagang pada zaman-zaman awal oleh orang Arab termasuk para pedagang Yoksan dan Midian (Madyan), dan emas sendiri ditemui dengan banyaknya di Tanah Midian purba. Kita juga lihat dalam (Hakim 8:27)

Bahwa emas Midian (Madyan) yang dirampas digunakan oleh Gideon untuk membuat satu efod; justeru adanya pertalian Midian (Madyan) yang kuat secara keseluruhannya. Nubuatan Yesaya mungkin sekali merujuk juga kepada kaum Yoksan ini yang tinggal di Syeba sebelum saja empangan itu musnah.

Jika kita menerima pemerhatian Pliny bahawa dromedari (unta berponok tungga, unta-unta muda) boleh menahan haus sampai 4 hari (Poole atas Yesaya 60:6 di atas)

Kita boleh menerapnya secara rohaniah dan berkata bahawa kebanyakan Midian (Madyan), atau mana-mana keturunan Keturah sekalipun, telah ketiadaan “air yang memancar sampai kepada hidup yang kekal” (Yohanes 4:14)

Selama hampir 4000 tahun (berdasarkan “1000 tahun adalah seperti sehari”) dan dengan itu diduga amat hauskan Roh Tuhan dalam Hari-hari Kemudian ini - bersama dengan umat manusia yang lain, semestinya.

Ini mungkin waktunya untuk mereka yang berketurunan Keni (atau Kain) untuk memeluk dan mengajar agama sebenar dengan tekun sama seperti leluhur mereka Yitro (Syu'aib AlayhisSalam), bapa mertua Musa (AlayhisSalam), yang nampaknya telah diberi perintah langsung oleh Tuhan (Nabi lagi RASUL).

Mereka yang berketurunan Sparta mungkin telah mengekalkan sifat nenek moyang mereka iaitu kemuliaan jiwa dan naluri mengetahui serta (lebih penting lagi) melakukan apa yang betul (seperti dalam contoh memberi tempat dan penghormatan kepada seorang tua di Pertandingan itu).

Bergabung dengan kebolehan ketenteraan luar biasa mereka - ditunjukkan dalam pertahanan hebat negeri mereka menentang kekuatan yang amat besar - nampaknya mungkin sekali keturunan mereka akan menjadi askar-askar tiada bandingan dalam tentera Tuhan, Jemaah-jemaah Tuhan zaman akhir atau Akhir Zaman.

Engkau Keturunan Keturah dipanggil untuk kembali kepada Tuhan Maha Esa yang bapa-bapamu kenali; untuk mengikut teladan kesalehan dan kemuliaan ibumu Keturah, dan mengabulkan namanya dengan menjadi wangian yang benar-benar harum kepada Bapamu di Syurga; dan untuk akhirnya dikenali sebagai ‘sahabat-sahabat Tuhan’ seperti Bapamu Abraham (Ibrahim AlayhisSalam) yang masyhur dan dirahmati, bapa segala bangsa yang kini dibawa ke dalam Rumah Tuhan.

Pasukan Sparta adalah pasukan militer di negara kota Sparta, yang merupakan salah satu negara kota terkuat di Yunani (Greece) kuno. Pasukan ini merupakan salah satu inti perdaban negara Sparta, yang tujuan utama dari tiap penduduknya adalah menjadi prajurit yang kuat.

Pasukan (MALAI) Sparta 

“Orang Sparta bukanlah pembuat tembikar, mereka juga bukan seniman - mereka tidak melakukan apa pun selain bertempur. Ketika seorang anak lelaki Sparta berusia 8 tahun, dia dilatih hanya untuk melakukan satu hal, yaitu membunuh musuhnya”. (Barry Jacobsen, ahli sejarah Sparta)

Melaksanakan latihan militer bagi warganya sejak mereka masih kanak-kanak, pasukan Sparta menjadi salah satu pasukan tempur yang paling ditakuti dalam sejarah dunia. Pada masa kejayaannya pada abad ke-4 dan ke-6 SM, sudah secara umum dianggap bahwa "satu prajurit Sparta sama berharganya dengan beberapa prajurit dari negara lain."

Sejarah Pasukan zaman Mykenai (MALAI) Catatan tertua mengenai Sparta terlibat dalam perang adalah dalam Iliad, ketika mereka bertempur bersama kontingen Yunani (Greece) lainnya. Seperti pasukan Mykenai lainnya, pasukan Sparta sebagian besarnya merupakan tentera darat, dilengkapi dengan pedang pendek, tombak, lembing dan satu perisai perunggu kecil.

Ini adalah masa peperangan sungguh berani dengan siasat yang sederhana, seringkali tidak lebih lebih dari sekadar serangan langsung dan pembunuhan banyak prajurit musuh - tidak aneh jika keseluruhan pasukan musuh dikejar dan dibantai setelah sebelumnya dipukul mundur. Siasat pertempurannya adalah "kebebasan untuk semua."

Kereta perang digunakan orang-orang elit, namun tidak seperti di Timur Tengah, kereta perang Yunani nampaknya hanya digunakan untukpengangkutan dan sebagai kendaaran angkut dalam perang, dengan para prajuritnya turun dari kereta perang untuk bertempur dengan berjalan kaki dan kemudian naik lagi ke kereta perang untuk pergi dari pertempuran, meskipun beberapa sumber menyebutkan bahwa ada juga prajurit yang menyerang menggunakan tombak dari atas kereta perang mereka.

Sparta Mykenai, seperti wilayah lainnya di Yunani (Greece), dengan cepat diserbu oleh invasi Doria, yang mengakhiri peradaban Mykenai dan memulai Zaman Kegelapan Yunani (Greece). Pada masa ini, Sparta atau Lakadaimon hanyalah satu desa Doria di bantaran sungai Eurotas di Lakonia.

Akan tetapi, pada awal abad ke-8 SM, masyarakat Sparta mengalami perubahan. Reformasi ini, yang oleh tradisi kuno disebut dilakukan oleh tokoh mitos Lykurgos, menciptakan institusi baru dan memulai ciri kemiliteran di negara Sparta.

Konstitusi Lykurgos ini tetap tidak berubah dalam esensinya selama 5 abad berikutnya. Sejak sekitar tahun 750 SM, Sparta melakukan perluasan perlahan-lahan, pertama-tama dengan menaklukan Amyklai dan pemukiman-pemukiman lainnya di Lakonia, dan kemudian, pada Perang Messenia Pertama, menaklukan negara Messenia yang subur. Pada awal abad ke-7 SM, Sparta, bersama dengan Argos, adalah kekuatan paling berpengaruh di Peloponnesos.

Hegemoni Sparta di Peloponnesos. Tidak dapat terelakkan, kedua kekuatan utama di Peloponnesos pun saling bercanggah. Pada awalnya Argos meraih kesuksesan, seperti misalnya kemenangan pada Pertempuran Hysiai pada tahun 669 SM, yang memicu pemberontakan orang Messenia, yang menyibukkan pasukan Sparta selama hampir 20 tahun.

Selama abad ke-6 SM, Sparta mengamankan kekuasaannya di semenanjung Peloponnesos: Arkadia dipaksa untuk mengakui kekuasaan Sparta, Argos kehilangan Knuria (pesisir tenggara Peloponnesos) sekitar tahun 546 SM dan harus menderita serangan menghancukan lainnya dari Kleomenes I pada Pertempuran Sepeia pada tahun 494 SM, sementara itu ekspedisi berulang Sparta melawan rezim tiran di seluruh Yunani (Greece) sangat meningkatkan wibawa Sparta.

Pada awal abad ke-7 SM, Sparta tak lagi tertandingi di Yunani (Greece) selatan, sebagai kekuatan unggul (hegemon) dari Liga Peloponnesos yang baru didirikan (yang secara karakteristik lebih dikenal oleh orang-orang sezamannya sebagai "Bangsa Lakadaimon dan sekutunya").

Perang Persia dan Perang Peloponnesos. Pada akhir abad ke-6 SM, Sparta diakui oleh negara-negara kota kuat lainnya. Raja Kroisos dari Lydia membuat persekutuan dengan Sparta, dan di kemudian hari, kota-kota Yunani (Greece) di Asia Minor meminta bantuannya dalam Pemberontakan Ionia.

Dalam invasi kedua Persia ke Yunani (Greece) yang dipimpin oleh raja Persia, Xerxes, Sparta ditunjuk sebagai pemimpin pasukan persekutuan Yunani di darat dan laut. Karena hal inilah, pasukan Sparta memainkan peranan krusial dalam menghalau invasi, terutama pada Pertempuran Thermopylae dan Pertempuran Plataia.

Akan tetapi setelahnya, tuduhan persekongkolan Pausanias dengan Persia dan keengganan Sparta untuk pergi terlalu jauh dari rumah, menyebabkan Sparta mundur dari pasukan persekutuan Yunani, dan dengan demikian kepemimpinan atas pasukan persekutuan diberikan kepada Athena yang juga sedang bangkit.

Athena menerima posisi dan bertekad akan terus melanjutkan usaha untuk menyerang Persia. Sementara itu, akibat dari pemunduran ini, Sparta menjadi cenderung isolasionis.

Kecenderungan isolasionis ini lebih jauh lagi diperkuat oleh adanya pemberontakan oleh beberapa sekutunya dan satu gempa bumi besar pada tahun 464 SM, yang disusul oleh pemberontakan berskala besar yang dilakukan oleh para helot Messenia.

Pada saat bersamaan, Athena semakin kuat dan mulai menjadi kekuatan utama di Yunani. Ini akhirnya berujung pada bentrokan antara Athena dan Sparta, dan keduanya bertikai dalam Perang Peloponnesos Pertama serta Perang Peloponesos ke-2, yang merusakkan banyak daerah di Yunani (Greece).

Sparta menderita beberapa kekalahan mengejutkan pada perang itu, termasuk untuk pertama kalinya seluruh unit Sparta menyerah pada Pertempuran Sphakteria pada tahun 425 SM. Meskipun demikian, Sparta pada akhirnya menjadi pemenang dalam perang ini, terutama karena dibantu secara finansial oleh Persia.

Di bawah kepemimpinan admiralnya, yakni Lysandros, armada Peloponnesos yang dibiayai oleh Persia berhasil menaklukan kota-kota sekutu Athena, dan kemenangan telak pada pertempuran laut di Aegospotami akhirnya memaksa Athena untuk menyerah. Kekalahan Athens menjadikan Sparta sebagai negara yang memiliki kekuatan melalui dominan di seluruh Yunani (Greece).

Ziarah Makam Bani JAWI Nabi Allah Syuaib AlayhisSalam . . .

WAJIB !!!  bangsa MALAYU menjauhi AMALAN dan Sifat2 buruk yang telah dilakukan oleh bani JAWI datok nenek moyang bangsa MALAYU lebih 3000 tahun yang lalu seperti:
 
  • Mereka bani JAWI (anak-cucu kaum Madyan) menyembah Aikah, yaitu patung yang terletak di padang pasir.

  • Mereka bani JAWI (anak-cucu kaum Madyan) berlaku tidak adil dalam hal timbangan (Amalam buruk dalam timbangan bukanlah dari perbuatan dan amalan bangsa CINA ianya secara terang adalah dari perbuatan dan amalan kaum Madyan)

  • Mereka bani JAWI (anak-cucu kaum Madyan) suka berbuat curang, mereka melakukan kezaliman kepada kaum yang lemah.

Mereka bani JAWI (anak-cucu kaum Madyan) suka mencerca dakwah​
Picture
Masjid dan makam Nabi Allah Syu’aib AlayhisSalam terletak di wilayah Balqa, di jalan menuju Aghwar Wustho, sekitar 40 km dari ibukota Amman, Jordan - The Land Of Faith . . .

Nabi Lagi RASUL . . .

Nabi Allah Syu'aib bin Mikil bin Yasjir bin Madyan bin Ibrahim bin Azara bin Nahur bin Suruj bin Ra'u bin Falij bin ʿAbir bin Syalih bin Arfahsad bin Sam bin NUH AlayhisSalam.

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam, (Shuaib "Siapa Menunjukkan jalan yang lurus"), adalah seorang Nabi lagi RASUL yang disebut dalam Al-Quran. Beliau cicit Nabi Allah Ibrahim AlayhisSalam.

Beliau telah dihantar sebagai Nabi lagi RASUL kepada orang Madyan (Midian) untuk memberi amaran kepada mereka untuk menamatkan cara penipuan mereka. Apabila mereka tidak bertaubat, Allah binasakan mereka. Nabi Allah Syu’aib AlayhisSalam secara tradisional dikenal pasti adalah Yitro, bapa mertua Nabi Allah Musa AlayhisSalam menurut Alkitab Ibrani.

Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Allah Syu’aib AlayhisSalam telah dilantik oleh Allah untuk menjadi Nabi lagi RASUL bagi orang-orang yang tinggal di timur Gunung Sinai, orang-orang Madyan (Midian) dan Ayka. Rakyat negeri ini dikatakan terutamanya terkenal kerana menipu orang lain melalui Dacing Timbang yang tidak jujur dan langkah-langkah. Nabi Allah Syu’aib AlayhisSalam memberi AMARAN kepada mereka terhadap apa-apa tindakan tetapi mereka tidak mendengar. Selepas itu, kedua-dua negeri itu telah dimusnahkan oleh murka Allah Ta'ala.

​Madyan atau Midian (Arab: مدين, Madyan bahasa Inggris: Midian) adalah sebuah tempat geografis yang disebutkan di dalam Alkitab Ibrani (Hebrew), Alkitab Kristen, Injil dan Al-Qur'an.

Firman Allah Ta’ala: 

“Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”. (Surah At Taubah QS9: 70)

Firman Allah Ta’ala: 

“Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim”. (Surah AlHijr QS15: 78)

Firman Allah Ta’ala: 

“Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi”. (Surah AlAraf QS7: 92)

Firman Allah Ta’ala: 

“Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.” (Surah Hud QS11: 94)

Firman Allah Ta’ala:

“(Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud”. (Surah Hud QS11: 95)

Firman Allah Ta’ala:

"Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!” (Surah Thaaha QS20: 40)

Firman Allah Ta’ala:

“Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu”. (Surah AlHaj QS22: 44).

Negeri "Madyan" diambil dari nama Madyan bin Ibrahim Alayhis Salam, dari istrinya yang bernama Keturah, kemudian dijadikan nama kabilah yang terdiri dari keturunan anak cucu Madyan itu. Menurut tradisi ISLAM, dari Keturah binti Aqthan lahir 6 orang anak, yakni (1) Madyan, (2) Zamran, (3) Saraj, (4) Yaqsyan, (5) Nasyaq, dan yang ke-6 belum sempat diberi nama.

Menurut tradisi Yahudi dan Kristen yang dicatat dalam Kitab Kejadian pasal 25: "Keturah melahirkan bagi Abraham (Ibrahim AlayhisSalam) 6 orang putra: (1) Zimran, (2) Yoksan, (3) Medan, (4) Midian (Madyan), (5) Isybak dan (6) Suah."

Menurut sejarah ISLAM, penduduk Madyan telah diutus seorang Nabi lagi RASUL yang bernama Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. Kemudian Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam bertemu dengan Nabi Allah MusaAlayhisSalam ketika Nabi Allah Musa AlayhisSalam kabur bersembunyi dari kejaran pasukan Fir'aun.

Kemudian Nabi Allah Musa AlayhisSalam dikisahkan melamar anak gadisnya yang bernama Shafura binti Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam.

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam diutus oleh Allah kepada  penduduk Madyan. Madyan merupakan wilayah di negeri Arab, yaitu di daerah Syria. Penduduk Madyan terdiri dari orang-orang ingkar (kafir). Mereka menyembah Aikah, yaitu patung yang terletak di padang pasir. Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam menyeru kepada penduduk Madyan untuk meninggalkan perbuatan syirik tersebut.

Penduduk Madyan juga tidak berlaku adil dalam hal kegiatan perdagangan. Mereka seringkali berbuat kecurangan dengan mengurangi hasil timbangan. Akibatnya, mereka  mendapatkan hasil kekayaan dari cara yang tidak HALAL.

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam menegur dengan cara yang santun kepada penduduk Madyan supaya berlaku adil dalam hal timbangan. Selain itu suka berbuat curang, mereka  melakukan kezaliman kepada kaum yang lemah. 

Seruan Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam tidak diperdulikan oleh kaumnya, bahkan mereka justru mencerca dakwah yang disampaikan oleh Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. Menghadapi hal itu, Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam tetap sabar dan tidak berputus asa.

Dengan penuh kesabaran Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam mengajak kaumnya, yaitu penduduk Madyan untuk menyembah Allah Ta’ala Yang Maha Esa. Ia menerangkan kepada kaumnya bahwa berhala itu tidak dapat menolong mereke. Dengan keangkuhannya, kaum Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam tetap menyembah berhala. Mereka tidak memperdulikan seruan Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam.

Kisah tentang dakwah Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam dan kaumnya diantaranya diceritakan dalam Surat Asy-Syu”araa” ayat 181-184, 

Firman Allah Ta’ala:

“Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang - orang yang yang merugikan, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus dan benar.

Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan, dan bertaqwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang dahulu.”

Penghinaan terhadap Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam terus berdakwah kepada penduduk Madyan. Ia tidak berputus asa sekalipun penduduk Madyan menolak seruannya. Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam terus mengajak kaumnya untuk menyembah kepada TUHAN (Tuhan yang Satu).

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam menerangkan kepada kaumnya bahwa berhala itu tidak dapat menolong  mereka. Berhala-berhala itu hanyalah  benda mati yang tidak berguna. Selama berdakwah, hinaan dan ejekan telah sering diterima oleh Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. Mereka menganggap Nabi Allah Syu'aibAlayhisSalam GILA dan BODOH, padahal Nabi Allah Syu'aibAlayhisSalam adalah seorang yang sangat bijaksana.

“Hai Syu”aib, apakah agamamu yang meminta kami meninggalkan agama nenek moyang kami ? Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun dan pandai”.

Kata salah seorang penduduk Madyan dengan nada mengejek, Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam berkata, “Sesungguhnya aku hanya bermaksud mendatangkan kebaikkan  kepada kalian. Aku hanya melaksanakan petunjuk dari TUHAN (Tuhan yang Satu) Allah. Hanya kepada TUHAN (Tuhan yang Satu) Allah kita akan kembali.” Kaum Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam tetap tidak mau menerima ajaran Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. Hanya sedikit dari mereka yang mengikuti ajaran Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam.

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam juga mengingatkan kepada kaumnya  tentang azab Allah bagi orang-orang yang kufur. Dengan kesombongannya mereka justru meminta azab segera didatangkan karena mereka menganggap hal itu adalah gurauan semata. Sungguh mereka adalah orang-orang yang RUGI.

Azab Untuk Kaum Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam

Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam telah menyeru kepada penduduk Madyan untuk menyembah kepada TUHAN (Tuhan yang Satu). Namun hanya sedikit dari mereka yang mengikuti ajaran Nabi Allah Syu'aibAlayhisSalam. Banyak dari mereka yang tetap kafir (Ingkar).

Mereka seringkali menghina Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. Meskipun demikian Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam. tetap bersabar. Ia juga meminta mereka bertobat sebelum datangnya azab Allah Ta'ala. Namun, mereka justru meminta azab segera didatangkan karena mereka menganggap itu adalah gurauan semata.

Tidak berapa lama kemudian, TUHAN (Tuhan yang Satu) Allah Ta’ala menurunkan kemarau dengan udara yang sangat panas. Kerongkongan mereka menjadi kering, sekalipun telah banyak meminum air.

Kulit mereka menjadi kering dan mengelupas. Setelah itu, Allah Ta’ala mendatangkan gumpalan awan hitam di atas kepala mereka. Kemudian, kilat dan suara menggeleger menerpa wilayah penduduk Madyan. Pada saat itu juga, bumi berguncang. SeluruhNya yang ingkar (kafir) mati.

Di antara ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang azab untuk kaum Nabi Allah Syu'aib AlayhisSalam adalah Surat Al- A”raaf ayat 91 - 92,

Firman Allah Ta’ala:

“Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka, yaitu orang-orang yang mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syu”aib, mereka itulah orang-orang yang RUGI.”

Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah Ta’ala karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi.

Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendati mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (QS Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).

Dengan cara demikianlah, penduduk Madyan binasa, itulah balasan bagi orang-orang yang ingkar kepada Allah (Tuhan yang Satu), Sungguh, mereka termasuk orang-orang yang RUGI.

No comments:

Post a Comment